my posts

Friday 15 April 2011

Danishku syg

Hareez Danish,nama yg ayah&ibu berikan buatmu.Pemelihara kecerdikan,supaya kau sentiasa memelihara kecerdikanmu&menjadi insan yg berilmu dan menyampaikan ilmu yg kau miliku kepada bangsa seagamamu.Tanggal 24 December 2008 bersamaan 26 Dhul-Hijjah ("The month of Hajj" - this is the month of the annual pilgrimage to Mecca, again when no warfare or fighting is allowed)1429 Hijri,12.32pm d hospital kemaman.Kau dilahirkan melalui pembedahan kerana ketika itu,doktor memberitahu ibu kau hampir lemas dlm kandungan ibumu.Jika tidak dibedah,nyawamu dlm bahaya.Ibu&ayah terus bersetuju saat diberitahu kau akan dikeluarkan melalui pembedahan kerana kami mahu kau selamat&dapat melalui kehidupan bahagia ibu&ayahmu.Danish,beratmu 3.4kg,patutlah ketika usia kandungan hampir 9 bulan, ibu sentiasa rasa sakit belakang ketika mengandungkanmu.rUPANYA ANAK IBU Ni memang semangat orgnya.selepas kau dilahirkan menitis airmata ibu mendengar tangisanmu kerana hadirmu memang telah lama kami nntkan.Selepas dilahirkan ayah mengazan&mengiqomatkanmu krn kau lahir dlm darah ISLAM.ISLAM agamamu,ALLAH penciptamu.MUHAMMAD nabimu dan KAABAH kiblatmu.INGAT SYGKU,WALAU APAPUN YANG KAU LAKUKAN ingatlah AGAMU.KERANA HANYA DENGAN AGAMA YANG KAU MILIKU,KAU AKAN TAHU HALA TUJU HIDUPMU.ibu&ayahmu teman ketika d ASRAMA yAYASAN terengganu Kemaman,1999,Kami bertemu,kemudian selepas tamat SPM,aLHAMDULILLAH kami berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.Ayahmu d UNITEN dalam bidang kejuruteraan mekanikal& ibumu di UIAM DLM BIDANG fiqh.Ibu mmg minat pengajian dlm bdg agama krn sejak kcl,moyangmu,Allahyarhamah Semek bt Abdullah sentiasa mengendong ibu ke surau mengikuti pengajian agama oleh ustaz2&ustazah d kg.Ibu juga pernah mewakili kg,sek dlm pelbagai pertandingan keagamaan yg dianjurkan.Danish,kau lahir memberi sinar dlm hdp ibu&ayah.STP HARI,anekmu Maimun Ngah akan dtg membawa sarapan untuk ibu,selepas bersembang,anek akan pergi menjengukmu.itulah saat plg bahagia dlm hdp ibu krn dpt bersama dgn anekmu.Kau ditahan di wad selama seminggu kerana doctor perlu memasukkan antibiotik dlm badanmu kerana ada sedikit jangkitan kuman ketika kau dilahirkan.Buat pengetahuanmu,ibu tidak dibesarkan oleh anekmu kerana anek terpaksa bekerja ketika atok meninggalkan anek ketika ibu berusia 2 bulan dlm kandungan anekmu.Spjg HDP,IBU tidak pernah kenal HASHIM SAHAR,atokmu.sehinggalah tiba saat ibu cuba menjejaki atokmu ke Johor,melalui alamat yg dicari di balai polis Johor,kerana itu alamat terakhir yg ibu tahu utk menjejaki atokmu.Sesampainya ibu di sana bersama tokma Kuantan,ibu terkejut apabila diberitahu atokmu telah lama kembali ke rahmatullah.Betapa sayunya hati ibu tidak dapat melihat wajah ayah ibu walau sedetik cuma.Ibu berkahwin dengan ayahmu diwalikan oleh dato saudaramu,abg kpd atokmu.Sejak atok meninggalkan anek, anek terpaksa bekerja keras bagi membesarkan anak2nya.Selepas dilahirkan,ibu ditinggalkan bersama moyangmu di kg Tanah Lot Binjai kerana terpaksa berjuang mencari rezki d Kuantan.Membesarlah ibu dgn sepenuhnya ksh syg yg dicurahkan moyangmu pd ibu ketika itu.seminggu,kdg2 sebulan skali anek akan dtg menjenguk ibu d kg,sehinggalah ibu dewasa ibu tidak mahu lg mengikut anekmu walau berkali2 diajak.ibu selesa bersama moyangmu.sgla kemahuan ibu dituruti..ibu ditatang bagai minyak yg penuh.ibu tau anek berkecil hati dgn ibu tp apakan daya,hati ibu terlalu keras untuk tidak mengikut tgl bersama anekmu.Sehinggalah saat moyangmu menghembuskan nafas terakhir 1999,ibu tetap berkeras tidak mahu mengikut anekmu.To be continued..

No comments:

Post a Comment